Skip to main content

Sukan SEA

Kecederaan Arfiqarnie buat PTAM runsing

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arfiqarnie.jpg
Berbaki 54 hari menjelang Sukan SEA Filipina, skuad tinju negara menerima perkhabaran buruk apabila peninju utama kategori 60 kilogram, Arfiqarnie Ahmad Anshori, dilaporkan cedera.

Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) menyenaraikan tiga peninju dalam kategori A dan dua dalam kategori B dengan harapan ada dalam kalangan mereka yang mampu membutirkan pingat dalam temasya dwitahunan itu.

Bagaimanapun, harapan itu semakin pudar apabila Arfiqarnie mengalami kecederaan buku lali.

"Kami mengalami sedikit masalah kecederaan melibatkan Arfiqarnie.

"Tendon di kakinya ada masalah.

"Selepas menjalani pemeriksaan di ISN (Institut Sukan Negara), kami akan memantau keadaannya sepanjang dua minggu ini," kata pengurus skuad negara, Iruan Zulkfli.

Tambahnya, apa yang merunsingkan persatuan itu ialah tiada pengganti yang mampu mengambil alih tempat peninju itu jika dia tidak sempat pulih sepenuhnya menjelang temasya berkenaan.

Julai lalu, dua peninju negara, Khir Akyazlan Azmi dan Arfiqarnie diserapkan ke dalam kategori A apabila mempamerkan aksi memberangsangkan dalam Kejohanan Tinju Terbuka Thailand.

"Kalau dia mengalami kecederaan serius dan tidak dapat beraksi, kami tiada pilihan lain kerana atlet yang terpilih sudah ditetapkan.

"Jika mereka mengalami kecederaan, memang tiada pengganti kerana mereka yang terpilih itu sememangnya yang terbaik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video