Skip to main content

Sukan Lain

Kebaikan sentiasa atasi kejahatan -- Khabib tambah luka kekalahan McGregor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ufc2.jpg
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, tidak membuang masa menambah perit Conor McGregor selepas kekalahan trilogi kepada Dustin Poirier.

Kecederaan patah buku lali kiri McGregor menjadi punca perlawanan ditamatkan di saat-saat akhir pusingan pertama, di mana Poirier melepaskan deretan tumbukan ke arah wakil Republik Ireland itu.

Khabib Nurmagomedov, yang mengatasi McGregor pada 2018, berkata menerusi twiter, "Baik sentiasa mengalahkan kejahatan.
 

"Sungguh gembira dengan kemenangan Dustin Poirier. Saya berharap dia akan meraih gelaran hujung tahun ini."

 

Advertisement

Must Watch Video