ANGKAT BERAT
Keabsahan jawatan angkat berat negara dipertikai
Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Melaka didakwa tidak wujud sejak lima tahun lalu.
Jadi adalah menjadi persoalan apabila dua wakil jawatan tertinggi Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) melibatkan presiden dan bendahari diangkat sebagai wakil badan induk dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) yang lalu.
Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, Krishna Kumar, menganggap pelantikan ini tidak sah dengan tindakan dibuat menerusi laporan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhubung situasi ini.
Iklan
Lantaran itu, status dan pengesahan secara keseluruhan perlu diambil kira semula memandangkan wujud undian berlaku melibatkan dua wakil ini.
AGM yang berlangsung tempoh hari wajar dipertikaikan hanya menunggu tindakan selanjutnya daripada PJS.
"Saya sudah buat pengesahan kali kedua dengan PJS. Memang tiada dan carian dalam talian juga mendapati ia tidak wujud.
"Jadi dalam AGM 2022 ada pemilihan untuk jawatan tertinggi dalam Persekutuan Bina Badan Malaysia dan dua ahli daripada persatuan negari Melaka hadir, dicalonkan, telah pun menang dan memegang jawatan tertinggi dalam Persekutuan Bina Badan Malaysia.
"Saya membuat aduan di PJS supaya bubarkan ahli jawatankuasa yang telah dipilih, bukan dua jawatan sahaja dan sebarang undian yang mereka buang telah menjejaskan jawatan tertinggi yang lain," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Must-Watch Video