HOKI
KBS tunai janji insentif RM96,000 buat skuad hoki 5s
Skuad hoki 5s negara hari ini menikmati insentif sebanyak RM96,000 hasil bergelar naib juara Piala Dunia Hoki lima sepasukan (5s).
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengotakan janjinya untuk memberi ganjaran kepada skuad kendalian Wallace Tan itu berikutan kejayaan di Muscat, Oman yang menyaksikan skuad negara tewas kepada Belanda dalam perebutan gelaran sulung kejohanan tersebut.
Untuk rekod, Hannah sebelum ini menjanjikan RM80,000 kepada skuad hoki 5s.
Iklan
Skuad hoki 5s sebelum ini berdepan isu kewangan namun bersedia melebarkan sayap dalam misi kontinjen hoki memburu enam pingat emas dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
Must-Watch Video