SUKAN AIR
KBS terus pantau keadaan Siti Nurul Masyitah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam memantau keadaan dan perkembangan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, yang cedera parah akibat kemalangan. KBS juga bertekad memastikan atlet berusia 22 tahun itu segera pulih.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyatakan bahawa KBS sedang menunggu laporan penuh daripada doktor untuk tindakan lanjut dan berusaha memastikan kebajikan Siti Nurul Masyitah sentiasa diberi perhatian.
"KBS amat memandang serius kebajikan semua atlet, termasuk mereka yang sedang menjalani proses pemulihan. Tidak kira siapa termasuk Faisal Halim (pemain bola kebangsaan), mereka memerlukan masa, jadi kita tidak boleh tergesa-gesa," katanya.
Iklan
Sebelum ini, Siti Nurul Masyitah dilaporkan mengalami retak bahu kanan, tulang pelvis, dan luka di bahagian kaki akibat dirempuh pemandu mabuk dan diseret sejauh kira-kira 100 meter di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada 11 Mei lalu.
Must-Watch Video