KBS sedia tiga dana utama tingkat prestasi, budayakan gaya hidup sihat

Ammar Hakim
Disember 19, 2024 20:00 MYT
Selari dengan hasrat untuk merakyatkan sukan, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan tiga dana utama bagi meningkatkan prestasi sukan, membudayakan gaya hidup sihat selain memacu industri sukan tanah air.
Tiga dana yang disediakan pada tahun hadapan meliputi Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK) serta Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).
Bagi tahun 2025, KBS telah menambah baik mekanisme dan terma permohonan agar faedah ini dapat meliputi penganjuran aktiviti sukan melibatkan 103 jenis sukan yang disenaraikan dalam jadual pertama, akta pembangunan sukan 1997 (akta 576).
Jendela pertama permohonan dan pelaksanaan GPS dan DSK dijadualkan bermula dari 1 hingga 28 Februari 2025 manakala KWASN pula bermula dari 1 Januari hingga 28 Februari 2025.
Tambah Hannah, KBS tidak akan mengenakan sebarang caj, komisyen atau fi bagi permohonan dana berkenaan.
Hannah dalam perkembangan sama turut mengesahkan tidak akan ada pembinaan stadium baru sebaliknya bakal menggunakan kemudahan sedia ada di Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil sebagai pusat e-sukan.
#Malaysia #KBS #sukan
;