KBS lancar TVET Sukan buat golongan belia
Najmi Iman
November 13, 2024 18:57 MYT
November 13, 2024 18:57 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengorak langkah baru dalam usaha memperkasa tenaga mahir dalam industri sukan tanah air apabila memperkenalkan TVET Sukan di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Menurut data Laporan Awalan Akaun Satelit Sukan 2022, industri sukan tempatan telah menyumbang sebanyak RM49.5 bilion kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Sehubungan itu, KBS menawarkan kursus Terapi dan Urutan Sukan serta Perkhidmatan Kedi Golf yang membuka peluang kepada belia menceburi bidang tersebut.