Karnival Sukan Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA (KASUKMA) 2025 telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar sebagai juara keseluruhan. Dengan kutipan enam pingat emas, dua perak dan satu gangsa melayakkan KPM Bandar Penawar membawa pulang piala pusingan kejohanan dan wang tunai berjumlah RM3,000.
KPM Bandar Melaka mencipta sejarah tersendiri apabila penantian sejak 10 tahun lalu telah membuahkan hasil apabila berjaya menjadi naib juara dengan kutipan tiga pingat emas dan dua gangsa. Manakala, Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) berada di tempat ketiga dengan kutipan dua emas dan empat perak.
Tidak menghampakan apabila KPM Ayer Molek sebagai tuan rumah berjaya menduduki tempat kelima dengan kutipan satu pingat emas, dua perak dan lapan gangsa. Pingat emas disumbangkan melalui acara boling bercampuran yang berlangsung di Pusat Boling, MITC Melaka.
KASUKMA 2025 menyaksikan penyertaan 740 atlet dari enam Kolej Profesional MARA dan empat Kolej MARA yang bertanding bermula pada 25 hingga 28 September 2025 dalam 10 acara sukan untuk merebut 18 pingat emas.
Pengarah KPM Ayer Molek, Puan Noor Zilawati Sabtu, turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat:
“Alhamdulillah, KPM Ayer Molek mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kontinjen dan krew yang telah menjayakan KASUKMA 2025 sepanjang 4 hari ini. Diharapkan, KASUKMA kali ke-15 tahun 2025 dapat memberikan pengalaman bertanding untuk menang kepada para atlet di samping semangat kesukanan yang tinggi dan erti persahabatan sebagai sebagai pengalaman yang berharga.”
Majlis penutup KASUKMA 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Dataran Hang Kasturi, KPM Ayer Molek yang telah disempurnakan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka, Encik Shah Zulmizan bin Safar. Dalam ucapannya, beliau memuji semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para atlet dan kontinjen sepanjang temasya ini berlangsung.
KASUKMA 2025 bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, tetapi juga platform memperkukuh perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar Generasi MARA.
Dapatkan Sekarang

@kpmamofficial #LiveUpdate?? KASUKMA XV 2025 @ KPM Ayer Molek ? 28 Sept 2025 Tahniah diucapkan kepada kontinjen KPM Bandar Penawar @KPM BANDAR PENAWAR OFFICIAL kerana menjadi johan keseluruhan KASUKMA 2025 ? Ikuti perkembangan terkini di laman rasmi KASUKMA XV 2025 untuk jadual perlawanan ⚽??, keputusan semasa ? & info menarik sepanjang kejohanan. ? Klik pautan sekarang & rasai aura KASUKMA XV 2025! ? https://sites.google.com/kpmam.edu.my/kasukma-2025 #KASUKMAXV #KPMAyerMolek #roadtoACCAplatinumstatus #hiedumara ♬ original sound - KPM AYER MOLEK
KASUKMA 2025 menyaksikan penyertaan 740 atlet dari enam Kolej Profesional MARA dan empat Kolej MARA yang bertanding bermula pada 25 hingga 28 September 2025 dalam 10 acara sukan untuk merebut 18 pingat emas.
Pengarah KPM Ayer Molek, Puan Noor Zilawati Sabtu, turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat:
“Alhamdulillah, KPM Ayer Molek mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kontinjen dan krew yang telah menjayakan KASUKMA 2025 sepanjang 4 hari ini. Diharapkan, KASUKMA kali ke-15 tahun 2025 dapat memberikan pengalaman bertanding untuk menang kepada para atlet di samping semangat kesukanan yang tinggi dan erti persahabatan sebagai sebagai pengalaman yang berharga.”
Majlis penutup KASUKMA 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Dataran Hang Kasturi, KPM Ayer Molek yang telah disempurnakan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka, Encik Shah Zulmizan bin Safar. Dalam ucapannya, beliau memuji semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para atlet dan kontinjen sepanjang temasya ini berlangsung.
KASUKMA 2025 bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, tetapi juga platform memperkukuh perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar Generasi MARA.

Stamina Kekal Kuat
Dengan sokongan supplement, tubuh lebih bersedia hadapi cabaran besar di hadapan.
Dapatkan Sekarang