Dominasi penuh yang dipamerkan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) memastikan mereka menggondol trofi edisi kedua Kejohanan Karnival Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) B-17 apabila menewaskan NHDP Seberang Temerloh dengan kemenangan besar, hari ini.
Lebih manis, kejayaan SSTMI di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, itu disulami dengan rekod sempurna enam kemenangan.
Sekolah sukan yang berpangkalan di Johor itu turut membuktikan status selaku penyumbang utama bakat terbaik negara dengan merangkul kejayaan berganda apabila penyerang utama, Muhammad Danish Haikal, dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir.
"Pencapaian kali ini secara keseluruhannya amat memuaskan, ada beberapa lagi kelemahan yang perlu diperbaiki supaya dapat meningkat persefahaman dan berkualiti pemain dalam perlawanan masa hadapan.
"Jadual tahun ini padat. Selepas ini mereka akan beraksi dengan pasukan negeri untuk Kejohanan B-16 Kebangsaan dan mereka akan bersama semula dalam pasukan sekolah bagi mengharungi Liga Hoki Remaja (LHR).
"Saya juga mendapat maklumat ada beberapa pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sebagai persiapan Piala Dunia Remaja pada tahun depan," kata jurulatih SSTMI, Wan Mohd Roslan Abdul Rahman.
Jurang kualiti pemain SSTMI dalam kejohanan ini menjadi petanda bahawa kelompok pemain elit ini bakal menjadi taruhan utama dalam kejohanan seperti Sukan Malaysia (Sukma) serta LHR.