Skip to main content

Sukan Lain

Karnival Get Active Jom Sihat Watsons catat Malaysia Book of Records bagi zumba terbesar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

watrson.jpg
Seramai 7000 peserta memilih hari minggu yang berkualiti dengan menyertai Karnival Jom Sihat Get Aktif anjuran Watsons Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).

Pendekatan larian-nyanyi bersama sejauh 2.5km (kilometer) dan 6km, selain turut mencipta rekod baru Malaysia Book Of Records bagi zumba terbesar dengan dj secara langsung di Malaysia.

Pengarah urusan Watson Malaysia, Caryn Loh, menegaskan karnival yang memasuki edisi ke-10 tahun ini itu adalah acara tahunan wajib bagi mendekatkan komuniti dengan cara hidup sihat, dengan menjadikan hujung minggu peluang beriadah bersama keluarga.

"Tahun ini istimewa kerana kami membawa acara ini di bandar, kami akan terus jalankan acara ini dan bergantung pada venue. Kami membawa orang ramai bersama untuk kekal aktif, bergerak dan terus sihat." katanya.

"Kami dapat bersama-sama pada hujung minggu, kami akan sokong Watson selepas ini walaupun ini pertama kali dan hanya 2.5km." tambah peserta.
 

Advertisement

Must Watch Video