Skip to main content

Futsal

Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2025  medan perkembangan akar umbi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milo-hidup-bola_1.jpg
Milo kekal aktif dengan inisiatif untuk terus menganjurkan kejohanan sukan bagi perkembangan atlet akar umbi sehingga ke peringkat belia.

Penganjuran Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2025 Grand Prix Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan 57 pasukan Bawah 16 tahun dan 57 pasukan Bawah 12 tahun.

Dalam saingan B-16, pasukan Court Soccer unggul sebagai salah satu pasukan yang mencipta sensasi apabila mencetak rekod bersih tanpa kalah daripada pusingan pertama sehingga separuh akhir sekaligus mara ke grand finals.

Selain berbangga dengan prestasi cemerlang ditampilkan anak buahnya, jurulatih pasukan, Hasan Kasim memuji kesemua pemain yang berjaya mengekalkan keampuhan ketika bertahan daripada serangan lawan dan bijak mencari peluang untuk menghasilkan jaringan.

Tambahnya, penyertaan setiap tahun dalam kejohanan ini menjadi salah satu faktor pasukannya terus berkembang kerana mendapat pendedahan bersaing bersama pasukan daripada serata negeri.

Bagi kategori bawah 12 tahun pula, pasukan A Tip Tap daripada Kuantan, Pahang turut berjaya mengesahkan slot ke grand finals selepas menewaskan pasukan SLX dengan agregat 1-0 di separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video