Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) mengesahkan jaguh kumite, Syakilla Salni Jefry Krishnan, akan menyertai Kejohanan Kebangsaan di Serdang, Selangor bermula Sabtu ini dengan syarat semua atlet kebangsaan perlu muncul juara.
Syakila sebelum ini mengalami masalah pertambahan berat badan sehingga diarah pulang daripada kem latihan di Amsterdam, Belanda.
Ekoran gagal untuk mencari jalan menurunkan berat badan, Syakilla terpaksa beralih ke kategori bawah 61kg dalam Kejohanan Kebangsaan.
MSN tidak menghalang langkah berkenaan, sebaliknya menuntut Syakilla supaya beraksi bagi mendapatkan semula keyakinan di dalam gelanggang setelah dipalit beberapa kontroversi sebelum ini.
MAKAF, bagaimanapun, mengesahkan bahawa Syakilla, yang bakal mewakili negeri Selangor dalam kejohanan itu, perlu memastikan kejuaraan, begitu juga barisan atlet kebangsaan yang lain.
"Untuk atlet kebangsaan, sekurang-kurangnya mereka harus melangkah ke final dan meraih kemenangan. Kami akan melakukan pemilihan untuk menyertai skuad negara menerusi pemenang kejohanan untuk diketengahkan bagi saingan antarabangsa selepas ini," kata Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.