Ketua jurulatih skuad karate negara, Andre Vasiljevs, mampu menarik nafas lega selepas anak didiknya melepasi sasaran enam pingat emas dalam Sukan SEA Ke-29.
Perjuangan skuad karate negara dalam temasya ini dibaratkan sebagai medan menebus dendam selepas acara ini tidak dipertandingkan di Singapura dua tahun lalu.
Enam emas menjadi sasaran awal dengan taruhan utama disandarkan kepada R. Shamendran serta Syakilla Salni Jefri Krishnan bagi saingan kumite serta Lim Chee Wei untuk bahagian kata.
Nyata, mereka tidak menghampakan apabila masing-masing memenangi emas acara individu sementara Syakilla dan Chee Wei meraih emas berganda selepas turut cemerlang dalam acara berpasukan.
Secara keseluruhan, skuad karate memperoleh tujuh emas, dua perak dan empat gangsa, menyaingi pencapaian yang diraih di Naypyidaw empat tahun lalu, iaitu tujuh emas, tiga perak dan lima gangsa.
"Ia merupakan satu pencapaian yang sangat bagus daripada skuad karate negara. Walaupun kami terlepas beberapa pingat, atlet telah mempamerkan satu persembahan yang cemerlang," kata Vasilijevs.
Dalam pada itu, Shamendran selaku kapten skuad karate negara memuji komitmen yang dipamerkan seluruh ahli pasukan.
Shamendran juga melakar sejarah tersendiri dengan meraih emas sulung dalam Sukan SEA selepas mengungguli acara kumite bawah 75 kilogram lelaki.
"Sangat gembira kerana meraih tujuh emas, melepasi sasaran yang telah diletakkan sebelum Sukan SEA bermula," katanya.