Skip to main content

Sukan SEA

Karate: Senthil raih emas kumite 60kg

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

senthil_1.jpg
Atlet karate lelaki negara, Senthil Kumaran, menghadirkan pingat emas buat Malaysia selepas mengungguli kategori kumite lelaki bawah 60 kilogram dalam aksi di Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Dia menewaskan pencabar dari Filipina, Jayson Ramil Macaalay, serta dua pemenang gangsa, Myint Maung Maung Hein (Myanmar) serta Nguyen Thanh Duy (Vietnam).

"Sebelum temasya, saya dilanda demam.

"Sebulan sebelum Sukan SEA, pergelangan kaki saya pula mengalami keretakan.

"Saya sempat pulih untuk berlatih dan akhirnya meraih emas," katanya.

Bagi kategori kumite wanita atas 68kg, Pressy Misty Philip kempunan untuk menambah emas buat negara selepas tewas di tangan Nguyen Thi Hong Anh dari Vietnam, sekaligus mengutip perak.

Dessyinta Rakawuni Banurea dari Indonesia berkongsi gangsa bersama wakil Thailand, Saowarot Samseemoung.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video