Skip to main content

Sukan Lain

Karate Senior Asia: Sharmendran ralat terlepas aksi di Melaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

r-sharmendran.jpg
Jaguh karate negara, R Sharmendran, terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam Kejohanan Senior Asia yang bakal berlangsung pada 21 Julai ini gara-gara kecederaan lutut.

Sharmendran tidak dihalang untuk menyertai kejohanan di Melaka itu, tetapi dinasihatkan supaya memikirkan risiko yang perlu ditanggung sekiranya kecederaan yang dialami menjadi semakin parah.

Ia secara tidak langsung mencetus rasa duka yang amat dalam bagi pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja itu apabila perlu membuat keputusan sukar ini.

Sharmendran cuba untuk berhati-hati ketika menjalani latihan bagi mengelak kecederaan lutut kanannya daripada menjadi semakin parah, sebaliknya lutut kiri yang menjadi kerisauan terbaru.

"Saya hanya mahu memberi tumpuan kepada pemulihan yang memerlukan tempoh enam minggu. 

"Saya pernah menjalani lima pembedahan, tiga di kaki kiri dan dua di kanan. 

"Ini sesuatu yang sukar ditelan menjelang tiga minggu lalu kejohanan di Malaysia. 

"Saya boleh bertanding tapi kalau otot lutut bertambah koyak, saya bakal terlepas Sukan Asia (September depan).

"Jadi perlu membuat pengorbanan sekarang," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

 

Advertisement

Must Watch Video