Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Karate Kebangsaan: Syakilla Salni cedera lutut dalam pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syakilla-salni.jpg
Bekas juara dunia K1, Syakilla Salni Jefry Krisnan, terpaksa menarik diri dalam pusingan kedua Kejohanan Karate Kebangsaan di Serdang Jaya hari ini gara-gara kecederaan lutut.

Bekas atlet kebangsan itu, bagaimanapun, masih belum berputus asa untuk mendapatkan kembali prestasi terbaiknya dalam merebut tempat ke Sukan SEA Vietnam pada Mei depan.

Dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Yeoh Peck Xian: "Saya memenangi pusingan pertama tetapi dalam pusingan kedua, saya mengalami kecederaan lutut, jadi saya perlu menarik diri.

"Sudah pasti saya sedih tetapi saya tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam kejohanan ini kerana sedar ia aksi pertama saya sejak dua setengah tahun lalu.

"Sasaran utama saya adalah dalam Sukan SEA, jadi saya hanya mengikut keadaannya," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video