LAIN-LAIN
Karate K1: Shahmalarani bawa misi tersendiri di Kaherah
Ratu karate negara C. Shahmalarani, tekad melakukan pecutan mencari kedudukan ranking lapan terbaik dunia dalam tiga aksi Liga Perdana Dunia K1 yang akan bermula bulan depan di Kaherah, Mesir.
Dengan menduduki tempat kelapan terbaik dunia Shahmalarani layak beraksi dalam Kejohanan Dunia yang juga akan berlangsung di bandar yang sama November depan.
Bagaimanapun, ada satu lagi peluang untuk mencari kelayakan automatik dengan syarat penuhi kedudukan podium utama di Kejohanan Asia Uzbekistan, hujung Mei ini.
Shahmalarani dalam persediaan terbaiknya untuk mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut menjelang Sukan SEA Thailand Disember depan.
Mengakui ia bukan tugasan mudah, pemenang pingat emas Sukan SEA 2022 itu menegaskan dia masih relevan untuk muncul juara hatrik Sukan SEA merujuk kepada penguasaan atlet Asia Tenggara masih memihak kepada Malaysia.