KARATE
Karate Dunia: Arif Afifuddin bersiap hadapi penutup musim di Budapest
Pemenang emas negara dalam sukan karate, Arif Afifuddin, menganggap pencapaiannya bukan hanya sebagai satu suntikan semangat, malah kelebihan memiliki jam Huawei GT-4 turut membantu atlet ketika melakukan aktiviti kecergasan.
Dalam kejayaan Arif menggenggam emas Sukan Asia Hangzhou, dia mengalami kecederaan di bahagian mata.
Tetapi ia tidak akan mengganggu persiapannya dalam menterjemahkan aksi terbaik dalam Kejohanan Karate Dunia di Budapest bermula 24 hingga 29 Oktober ini.
Iklan
"Ia tidak mengganggu cuma penglihatan sedikit kabur.
"Saya sudah menyambung persiapan sejak dua hari lalu bagi mengharungi kejohanan terakhir tahun ini," katanya dalam satu majlis penyerahan di ibu negara hari ini.
Seramai 32 penyumbang pingat temasya Hangzhou menerima habuan berupa jam pintar daripada syarikat Huawei Malaysia, hari ini.
"Jam ini sedikit sebanyak membantu kami ketika menjalani latihan seperti kemampuan membaca denyutan jantung," katanya.
Must-Watch Video