Skip to main content

Sukan Lain

Kapten skuad dodgeball negara tekad bangkit lupakan episod duka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dodgeball.jpg
Kapten pasukan dodgeball negara, Au Zhen Jack, ingin melupakan kekecewaan final Kejuaraan Dunia di Austria tahun lepas.

Jack mahu membuka buku baru pada 2025 dengan memfokuskan pada Kejuaraan Dodgeball Asia 2025 pada November terlebih dahulu sebelum memenuhi misi penting untuk merampas kembali gelaran dunia tahun depan.

"Tahun ini kami akan berlatih lebih keras, tahun lepas kali sudah kalah tetapi tahun ini musim baru jadi persediaan mental dan fizikal perlu ada.

"Tahun lalu semua orang melihat, semestinya kami mahu bangkit di Malaysia. Saya tidak mahu terlalu yakin tetapi saya secara peribadi percaya beraksi di laman sendiri ada kelebihan," katanya.

Dalam pada itu, antara pemain paling berpengalaman, Teh Wee Sheng, yang sudah 10 tahun bersama dengan skuad kebangsaan berharap Malaysia dapat hak menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Dunia akan datang.

Jika meraih kemenangan, Malaysia bakal melakar sejarah muncul negara pertama jadi juara dunia empat kali dan lebih manis lagi, ia dilakukan di laman sendiri.

"Harapan saya untuk raih kembali status juara, kerana edisi lalu kami johan tetapi tahun lalu kalah tipis, kita memang ada peluang yang lebih cerah untuk menang.

"Harapan saya kami akan mula berlatih dan mulakan program pemilihan skuad kebangsaan." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video