Kapsul Sukma Sarawak 2024: Semangat Rentap jadi motivasi Jonah Chang perkuat aspek mental

Saufi Tahir
Ogos 15, 2024 19:44 MYT
Pemegang rekod kebangsaan lontar peluru, Jonah Chang, mahu mencipta sejarah untuk mendapatkan tiga pingat emas dalam acara olahraga sekali gus menyumbangkan pingat emas buat negeri kelahirannya, Sarawak dalam saingan Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Dia menjelaskan bahawa semangat tokoh pahlawan Sarawak iaitu Rentap banyak memberikan motivasi kepada dirinya serta kepada ramai atlet kelahiran Sarawak dari aspek mental.
"Dimana-mana kejohanan sekalipun, dia kata kamu sebagai Sarawakian, perlu beraksi seperti Sarawakian.
"Dari dahulu ramai orang bercerita mengenai Rentap, istilah 'agi idup agi ngelaban' banyak memberikan semangat kepada semua Sarawakian. Ayat itu yang membuat mental kami semakin kuat.
"Walaupun kami tidak kuat dari segi teknikal tetapi kami mahu berjuang untuk Sarawak. Tahun ini saya mahu cipta sejarah untuk Sarawak.
"Belum pernah lagi dalam sukan olahraga Sarawak raih tiga emas, tahun ini saya akan lakukan yang terbaik untuk tiga emas. Sarawak, saya datang." Katanya kepada Nadi Arena.
#Olahraga #jonah chang #Kapsul Sukma Sarawak 2024:
;