OLIMPIK PARIS
Kapsul Sukan Olimpik: Pernah lemas di pulau, kini Tan Rouxin berenang wakili Malaysia
Perenang negara, Tan Rouxin, menjadikan perenang berpengalaman negara, Phee Jing En, sebagai idolanya dalam kancah sukan renang negara.
Dia juga berkongsi penggalaman pernah menjadi mangsa lemas di sebuah pulau sekali gus menjadi pencetus buat dirinya belajar berenang dan memulakan karier sebagai seorang perenang.
Perenang berusia 18 tahun itu mendapat tiket 'wildcard' dan berharap dapat malakar rekod peribadi terbaik serta memberikan saingan kepada jaguh perenang dunia nanti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ketika saya berusia enam tahun, saya pernah ke pulau bersama keluarga kemudian ketika bermain air berseorangan saya lemas tetapi ibu saya selamatkan saya.
"Dia bawa saya belajar berenang kerana takut saya lemas lagi dan dari situ saya mula belajar berenang. Kemudian saya rasa kepentingan berenang .
"Idola saya adalah Phee Jing En, dia sudah memasuki dua kali Sukan Olimpik, dia mempunyai keyakinan, disiplin dan banyak beri sokongan buat saya. Saya suka bercakap dengannya kerana mampu menenangkan diri saya.
"Pada usia lapan tahun, saya mula mendapat kepercayaan jurulatih. Tetapi ibu saya banyak beri dorongan untuk berlatih kemudian berjaya meriah pingat emas. Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, saya berbangga mewakili Malaysia di Paris." katanya kepada Nadi Arena.