Skip to main content

Olimpik

Kapsul Sukan Olimpik Paris: Kharulnizam 'hustle' demi hasil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairulnizam-afendy.jpg
'Hustle' demi hasil. Itu kisah jaguh pelayaran negara, Khairulnizam Afendy, di sebalik kemaraan ke pentas Sukan Olimpik buat kali keempat dalam edisi di Paris bulan depan.

Daripada kegagalan dalam Sukan Asia Hangzhou 2023, siapa sangka semangat tidak mudah putus asa berhasil membawa pelayar senior negara itu ke Paris pada saat-saat akhir.

"Dalam Sukan Asia, saya rasa memang saya tidak dapat memberikan aksi terbaik," katanya dalam Kapsul Sukan Olimpik Paris, yang disiarkan dalam Nadi Arena sebentar tadi.

"Saya rasa saya boleh buat lebih baik daripada itu, saya tidak tahu mengapa saya hilang arah ketika itu.

"Apabila sudah kalah, saya bukan jenis yang cepat menyerah. Apabila pulang, keluarga memberikan saya sokongan untuk teruskan perjuangan ini.

"Selepas Sukan Asia, saya masih ada tiga saingan kelayakan."

Mengulas lanjut, Olimpian tiga kali negara itu menambah: "Peluang itu masih terbuka luas dan daripada itu, saya bangkit semula, saya lakukan persiapan terbaik dan dengan bantuan jurulatih baru, kami berjaya menemui rentak tetapi sewaktu Kejohanan Dunia, saya masih lagi kekurangan empat mata untuk layak.

"Jadi, kami tahu dan yakin kami mampu untuk melayakkan diri, cuma kami perlukan sedikit lagi anjakan dan semangat.

"Alhamdulillah, kami berjaya melakukannya di Perancis," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video