GOLF
Kapsul Sukan Olimpik Paris: Gavin Green, Ashley Lau mahu buktikan kebolehan sebenar
Pemain golf profesional negara, Gavin Green, menjadi atlet ke-21 Malaysia layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, minggu depan.
Meskipun sudah bersaingan dalam edisi terdahulu di Rio dan Tokyo, Gavin tetap menganggap penyertaannya mewakili negara merupakan pencapaian terbesar dalam dirinya.
Pada edisi kali ini, Gavin mengharapkan keajaiban berlaku untuk dirinya memperagakan persembahan terbaik untuk membalas kepercayaan penyokong tanah air.
Iklan
Dalam masa sama, Ashley Lau turut mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi sukan golf wanita.
Pemain berusia 24 tahun itu akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini selepas menduduki tempat ke-50 dalam kedudukan ranking pemain wanita ke Sukan Olimpik, yang dimuktamadkan pada Isnin lalu dan diumumkan secara rasmi oleh Persektuan Golf Antarabangsa lewat malam tadi.
Must-Watch Video