Bertrand Rhodict muncul atlet pertama berjaya melayakkan diri secara merit ke temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Paris 2024, selepas merekodkan musim sensasi dan mempamerkan aksi memukau ketika Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lalu.

Bertrand Rhodict sah melayakkan diri ke Paris apabila mengumpulkan 420.70 mata, di mana hanya 12 daripada 18 peserta pusingan itu mendapat tiket automatik ke temasya berkenaan.

Menurut penerjun berusia 19 tahun itu, dia sudah bermimpi untuk bertanding dalam kejohanan berprestij itu sejak berumur enam tahun selain menanam impian menampilkan persembahan terbaik dalam setiap kejohanan.

"Sasaran saya mahu menduduki kedudukan enam terbaik dan akan memberikan cabaran yang besar buat penerjun lain di pentas final Sukan Olimpik Paris 2024 nanti," katanya.