OLIMPIK PARIS

Kapsul Sukan Olimpik: Jika ingin jadi lebih baik, perlu jadi diri sendiri -- Kjiew Hoe Yean

Saufi Tahir 21/07/2024 | 11:20 MYT
Perenang negara, Kjiew Hoe Yean, tidak menafikan perasaan kecewa apabila terlepas peluang untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum ini.
Dia berasakan peluang untuk beraksi di temasya terbesar dunia itu adalah peluang yang sukar untuk diperolehi memandangkan perlu bersaing dengan jaguh dunia lain.
Perenang berusia 21 tahun itu menganggap penggalaman berlatih di Australia satu perkara terbaik dalam hidupnya kerana banyak membantu dari aspek potensi dirinya.
"Terlepas dalam edisi lalu agak mengecewakan saya, saya menangis hampir setiap hari dan mula bertanyakan kepada jurulatih cara untuk menjadi lebih baik untuk saya layak ke Paris.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Berenang di kejohanan besar di dunia adalah perkara terbaik dalam hidup saya, bersaing di antara yang terbaik dalam dunia.
"Saya sangat gembira dapat bersaing di Sukan Olimpik, mungkin peluang sekali seumur hidup. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, jika anda ingin menjadi lebih baik, anda perlu cuba menjadi diri sendiri dan jangan bezakan diri anda dengan orang lain.
#Renang #Khiew Hoe Yean #Kapsul Sukan Olimpik
;