OLIMPIK PARIS
Kapsul Sukan Olimpik: Azeem Fahmi bawa misi letak Malaysia di peta dunia
Pelari pecut negara, Azeem Fahmi, berasa teruja dapat berkongsi pentas Sukan Olimpik Paris 2024 bersama jaguh dari Asia Tenggara seperti Puripol Boonson dan Lalu Zohri.
Dia ingin menjadikan aksi di Paris nanti sebagai medan terbaik untuk mempamerkan larian terbaik memandangkan dia mengakui belum mempamerkan aksi terbaik bagi musim ini.
"Bagi saya ia akan menjadi satu perlumbaan yang menarik memandangkan Lalu Zohri juga layak ke Paris melalui 'Wildcard', hanya Puripol Boonson saja dari Asia Tenggara yang berjaya melalui merit.
"Untuk saya, tujuan utama adalah untuk bertahan untuk perlumbaan seterusnya dalam Olimpik, kerana saya belum mempamerkan prestasi terbaik musim ini.
"Menjelang Olimpik, saya bukan saja teruja untuk berlumba dengan pelumba dari Asia Tenggara tetapi dari seluruh dunia juga.
Untuk rekod, dia merupakan atlet pelari pecut pertama negara yang akan berlari di pentas Olimpik selepas kali terakhir dilakukan oleh Watson Nyambek pada 24 tahun lalu di Sydney.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semestinya ketika era 90an kita mempunyai pelari pecut yang baik tetapi kita tidak boleh bandingkan kerana mereka profesional yang meraka berada di zaman mereka, saya berada di zaman saya.
"Untuk saya ia bukan tekanan kerana gol saya adalah untuk menjadi diri saya sendiri, saya tidak mahu bandingkan dengan orang lain. Tetapi misi kami sama, untuk letakkan Malaysia di peta dunia. Saya akan cuba yang terbaik." katanya kepada Nadi Arena.