Skip to main content

Sukan Lain

Kanu Polo Asia: Skuad lelaki catat sejarah naik ke podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kanu-polo-lelaki.jpg
Pencapaian terbaik pasukan kanu polo lelaki negara selepas membawa pulang pingat gangsa dalam Kejohanan Kanu Polo Asia Edisi Ke-19 yang menutup tirai hari ini. 

Kekalahan di tangan Jepun dalam separuh akhir tidak mematahkan semangat mereka untuk melunaskan misi menduduki podium buat pertama kali, sekali gus menewaskan pasukan Singapura 2-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan kelima.

Sepanjang 10 tahun sejak mula dibentuk, pengalaman bertanding bersama kuasa besar peringkat dunia dan Asia sememangnya memberikan perkembangan positif serta mematangkan corak permainan pasukan negara.

"Kami mengutip banyak pengalaman dalam Kejohanan Asia dan Dunia (sebelum ini). 

"Persatuan memainkan peranan besar dalam menyokong kami menyertai kejohanan.

"Jadi dengan pengalaman beraksi di peringkat tinggi, kami mampu bersaing dengan pasukan dari luar negara.

"Selepas dua minggu, kami akan kembali berlatih untuk menyertai kejohanan-kejohanan di dalam negara.




"Persatuan pasti mempunyai perancangan untuk memastikan pasukan ini 'tidak putus'," kata kapten negara, Julianda Amin. 

Menurut ketua jurulatih, Liang Song Peng, masa depan cerah buat kontinjen negara apabila skuad B-21 lelaki dan wanita juga mencetak kejayaan dalam kejohanan ini yang menyaksikan emas menjadi milik skuad wanita, manakala lelaki meraih gangsa.

Kejayaan itu juga mengesahkan slot skuad negara dalam Kejohanan Kanu Polo Dunia 2026!

Malaysia mampu menmanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah dengan mempertandingkan kanu polo dalam Sukan SEA 2027 kerana berpotensi menghadiahkan negara sekurang-kurangnya dua emas.

"Pasukan lelaki telah dipersiapkan dalam tempoh 10 tahun dan wanita selama lima tahun. 

"Ia bukan mudah. 

"Dalam tempoh 3-4 tahun lagi, prestasi mereka akan menjadi lebih baik lagi," katanya pula.

 

Advertisement

Must Watch Video