Skuad kanu wanita B-21 negara melakar sejarah muncul juara Asia buat kali pertama menerusi penyudah paling epik selepas skuad menumbangkan juara bertahan, Singapura 4-3, dalam Kejohanan Kanu Polo Asia hari ini.
Sejak edisi 1995 -- skuad negara belum pernah muncul juara -- namun, kemarau kemenangan itu berakhir dalam edisi ke-19 ini.
Kebangkitan luar biasa skuad negara berpaksikan kehebatan kapten pasukan, Azlyn Farhana Azmi Tan yang menyumbangkan dua gol terpenting dalam hidupnya.
Tatkala skuad negara diambang kekalahan -— ketinggalan 2-3 dengan permainan berbaki satu saat sahaja -— ketenangannya menyempurnakan jaringan penyamaan dipuji barisan kejurulatihan.
Ya, hanya 1 saat yang membezakan kekalahan dan kemenangan dalam aksi final tahun ini.
Perlawanan diheret ke penentuan golden goal dan Azlyn Farhana sekali lagi bijak menghidu peluang untuk melengkapkan kemenangan buat skuad negara, sekali gus muncul pasukan terbaik Asia buat kali pertama dalam sejarah.
Azlyn Farhana merupakan pakar balingan jarak jauh dalam skuad negara dan dua jaringan berkelas dunia itu menjadi bukti cinta agung dirinya buat sukan kanu polo negara.
"Saya pernah dapat pingat perak dan saya mahu rasakan emas pula.
"Jurulatih sering berpesan dengan sepenuh jiwa dan segalanya menjadi tidak mustahil.
"Saya tidak mahu berasa menyesal kemudian hari kerana tidak ambil kelebihan (baling jauh) yang ada," katanya.
Tambah jurulatih negara dari New Zealand: "Kami menantikan detik terbaik untuk menjaringkan gol."