SUKAN LAIN
Kanu: Fakrullah bersara awal bukan kerana paksaan
"Keputusan bersara bukan paksaan mahupun provokasi mana-mana pihak."
Demikian luahan bekas kapten kanu negara, Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize, yang nekad mengikut jejak langkah Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Michael Wong, meninggalkan sukan yang dicintainya itu.
Keputusan Fakhrullah sememangnya mengejutkan ramai pihak memandangkan atlet berusia 22 tahun itu merupakan Olahragawan Sukma 2022 selepas meraih sembilan pingat emas.
Iklan
Fakhrullah memberikan alasan peribadi sebagai faktor utama pengundurannya daripada skuad kebangsaan sambil menegaskan tiada sebarang campur tangan mahupun desakan daripada pihak ketiga ynag membawa kepada tindak tanduknya itu.
"Berat keputusan untuk dibuat, terima kasih atas lapan tahun bersama sukan ini.
"Banyak kenangan dan rekod baru yang dicipta atas nama sendiri.
"Saya memutuskan untuk mengundurkan diri daripada sukan ini atas sebab peribadi.
"Sampai di sini sahaja buku kehidupan saya sebagai atlet kebangsaan.
"Amat berat untuk saya tinggalkan sukan ini kerana bermula dari sekolah rendah lagi, seterusnya dalam Sukma (Sukan Malaysia), mencapai tahap tertinggi dalam Kejohanan Dunia dan pelantar baru-baru ini, Sukan SEA Kemboja.
"Maafkan saya kerana tidak dapat bersama lagi, terima kasih untuk semua," katanya.
Must-Watch Video