Bowlers negara, Muhammad Syazirol Shamsudin, menjadi antara atlet negara yang bakal menghadapi dua kejohanan besar berturut-turut iaitu Kejohanan Dunia 2025 di Hong Kong sebelum ke Sukan SEA Thailand enam hari selepas itu.
Bagi Syazirol, fokus terarah kepada kedua-dua kejohanan besar ini sebelum berakhirnya musim 2025 dengan harapan membawa balik pingat emas buat negara selepas kali terakhir empat tahun lalu, dengan negara sekadar membawa pulang dua perak dari Vietnam.
"Tahun ini ada senior (Rafiq Ismail,) dan berharap dia dapat membantu. Memang fokus kedua-dua kejohanan tetapi kami mahu fokus satu persatu.
"Saya harap ada keputusan yang baik di kejohanan dunia, tahun lalu pasukan lelaki tiada pingat jadi saya harap tahun inilah." katanya.
Di sebalik misi penting itu, Syazirol turut mempunyai kisah tersendiri yang menyentuh hati sebaik melihat kelibat kedua ibu bapanya yang sentiasa mengunjungi sesi latihannya ketika cuti.
Malah, terdapat faktor mengapa perjuangan Syazirol dalam sukan bowling ini penting, selain kerana ini merupakan peluang dan juga platform buat dirinya menaikkan nama dan taraf hidup keluarganya serta membanggakan kedua ibu bapanya.
"Saya fokus untuk benggakan keluarga, daripada sukan saya mahu berikan sesuatu dan harumkan nama keluarga.
"Saya harap pasukan kali ini dapat butirkan pingat." tambahnya.

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang