Skip to main content

Sukan Lain

Kalah tak bermakna gagal, apa pun mesti Alhamdulillah -- Miki Ghazali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

miki.jpg
Bukan berpuas hati, tetapi kebangkitan yang akan ditampilkan pada masa akan datang. 

Meskipun tewas kepada Jepun yang memegang tali pinggang Knock Out Black Super Flyweight, Ryu Hanaoka, petarung muda negara, Mikail Ghazali, menerima pujian peminat yang mendoakan kejayaannya suatu hari nanti. 

Mikail atau lebih mesra dipanggil Miki menjadikan perlawanan tersebut sebagai permulaan untuk kembali lebih hebat seperti abangnya, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, yang sedang menempa nama di pentas antarabangsa. 

"Menang atau kalah adat permainan. Sekarang masa untuk memperbetulkan apa yang salah," katanya di Instagram. 

 
 


Di sebalik usia 16 tahun, Miki membuktikan dia mampu berentap dengan petarung yang lebih usia daripadanya apabila menumbangkan petarung dari Maghribi dalam Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025, Februari lalu.

Bagaimanapun, Hanaoka, 21, tidak diberikan jalan mudah menerusi semangat juang yang ditampilkan 'MikiPapa' sebelum ditabalkan selaku pemenang menerusi keputusan juri selepas tiga pusingan pertarungan Rise World Series 2025 di Yokohama itu, semalam.

"Apa pun, mesti Alhamdulillah," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video