Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu
Dia sempat menghubungi Abdul Latif untuk memberikan kata-kata semangat sebelum adiknya beraksi di Stadium Olimpik Tokyo tetapi merahsiakan keadaan dirinya.
Ternyata ia satu tindakan yang tepat apabila Abdul Latif menamatkan saingan lompat jauh T20 di tempat pertama dengan jarak 7.45 meter, sekali gus melengkapkan sasaran tiga pingat emas yang ditetapkan kontinjen negara.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, Rahayu berkata: "Sebenarnya (saya merahsiakannya) kerana tidak mahu dia risau. Kami sudah mengetahui perkara ini (positif COVID-19) sebelum dia terbang ke Tokyo lagi tetapi kami tidak mahu dia risau dan memilih untuk merahsiakannya.
"Ia supaya dia dapat fokus kepada lompatannya sehingga saat-saat akhir.
"Tetapi Alhamdulillah, apabila kami sudah boleh balik, kami dapat melihat dia memenangi pingat emas.
"Sewaktu itu, kami sudah memotong gelang (pesakit) dan dapat berada di rumah untuk menonton secara langsung Latif beraksi.
"Alhamdulillah, cuma risau apabila di tercedera ketika lompatan kelima.
"Sehari selepas dia beraksi, saya ada menghubunginya untuk bertanya khabarnya dan barulah kami memberitahunya perkara sebenar," katanya.
Kakak jaguh lompat jauh paralimpik negara, Rahayu Romly merahsiakan beliau sekeluarga dijangkiti Covid-19, ingin Latif fokus pada acaranya di Tokyo.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 6, 2021
Ikuti perkembangan Rahayu dan Latif Romly di Nadi Arena, 7.30 malam ini. pic.twitter.com/hEwaFv7L22