OLAHRAGA
Jurulatih olahraga digantung, didakwa 'bersubahat' dalam isu doping tujuh atlet remaja kebangsaan
Beberapa kes penggunakan bahan terlarang dalam skuad olahraga India menyaksikan ketua jurulatih pasukan kebangsaan remaja, Ramesh Nagpuri, digantung tugas oleh NADA kerana 'bersubahat' dalam doping manakala tujuh atlet didakwa mengelak daripada menjalani ujian.
Dua lagi jurulatih — Karamveer Singh dan Rakesh — turut digantung masing-masing kerana 'bersubahat' dan 'pengambilan bahan terlarang', berdasarkan laporan akhbar negara India, The Hindu.
Tujuh atlet yang digantung kerana 'mengelak' dalam senarai yang diterbitkan Agensi Anti-Doping Kebangsaan India (NADA) adalah Paras Singhal, Pooja Rani, Nalubothu Shanmuga Sreenivas, Chelimi Pratusha, Shubham Mahara, Kiran dan Jyoti.
Iklan
Nagpuri, yang berpangkalan di di Hyderabad dan dilantik sebagai ketua jurulatih skuad remaja oleh Persekutuan Olahraga India (AFI) dan 2023, merupakan jurulatih Penerima Anugerah Dronacharya yang terkenal.
Must-Watch Video