Hari penuh drama untuk Julian Alaphilippe dari pasukan Tudor Pro Cycling pada peringkat ke-15 Tour de France 2025 bermula apabila terkehel bahunya dan menyangka perlumbaannya telah tamat.
Situasi janggal Alaphilippe bermula apabila dia terlibat dalam kemalangan awal perlumbaan yang menyebabkan bahunya terkehel.
Namun begitu, tanpa menunggu bantuan perubatan, dia membetulkan semula bahunya sendiri untuk kekal dalam perlumbaan, namun akhirnya mengetahui bahawa dia sebenarnya hanya berlumba untuk tempat ketiga.
Alaphilippe akui dia tidak tahu bahawa mereka sebenarnya hanya berlumba untuk tempat ketiga, di belakang pemenang Tim Wellens dari UAE Team Emirates-XRG dan Victor Campenaerts dari pasukan Visma-Lease a Bike.
“Malangnya, radio saya tidak lagi berfungsi selepas kemalangan itu, jadi saya cuba melakukan pecutan terbaik, sambil berfikir tentang kemenangan peringat itu," katanya.
Peringkat ke-16 Tour de France pada hari Selasa ini akan menyaksikan perlumbaan dari Montpellier ke Mont Ventoux yang mencabar, di mana Tadej Pogacar pasti akan cuba menambah pendahuluannya untuk tinggat peluang raih kejuaraan edisi kali ini.