TINJU
Juara UFC, Khabib Nurmagomedov puji petinju Ireland atas sokongan terhadap Palestin
Bintang MMA kelahiran Rusia, Khabib Nurmagomedov, memberi penghormatan tertinggi buat petinju Ireland meskipun ditewaskan oleh saudaranya, Usman Nurmagomedov, dalam saingan Siri Kejuaaran PFL yang berlangsung di Dubai.
Usman menewaskan Paul Hughes dalam pertarungan lima pusingan menerusi keputusan majoriti pengadil untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih 19-0.
Begitupun, bekas juara Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov, tetap berbangga dengan Paul Hughes kerana kecekalannya dan juga mengangkat Ireland di mata dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Khabib meluahkan penghargaan kepada Ireland yang berdiri memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin sebagai bentuk solidariti dan bersikap kemanusiaan yang sejati.
"Saya cuma ingin menyampaikan satu perkara. Ireland adalah negara yang paling banyak memberi sokongan kepada Palestin.
"Jangan lupakan hal itu.
"Kami sayang dan terhutang budi terhadap kalian kerana kerajaan kamu dan semua orang menyokong umat Islam di sana. MMA hanyalah sebuah pertarungan yang melibatkan rasa hormat.
"Terima kasih banyak-banyak," katanya.