TENIS
Juara Terbuka Australia bersara mengejut pada usia muda
Ash Barty mengumumkan persaraan mengejut daripada tenis pada usia 25 tahun.
Pemain nombor satu dunia dari Australia itu mengumumkan keputusan itu menerusi Instagram.
"Saya sangat berterima kasih atas segala yang diberikan oleh sukan ini kepada saya dan ia meninggalkan perasaan yang penuh bangga dan berpuas hati," katanya.
Iklan
"Terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong saya sepanjang perjalanan ini, saya akan sentiasa bersyukur sepanjang hayat ini atas kenangan yang kita cipta bersama."
Barty tidak beraksi sejak mengungguli final Terbuka Australia ke atas Danielle Collins, Januari lalu.
Must-Watch Video