Bekas peninju profesional negara, Farkhan Haron, menyeru masyarakat Malaysia meninggalkan budaya membuli yang akan merosakkan nilai hormat serta memusnahkan persaudaraan.
Menerusi laman Facebook, Farkhan berkongsikan agar segala bentuk jenis pembulian sama ada di sekolah, tempat kerja mahupun di media sosial wajar dihentikan serta-merta.
"Saya Farkhan Haron menyeru untuk semua berdiri bersama, bersatu hati menolak budaya buli dalam apa jua bentuk, sama ada di sekolah, di tempat kerja, mahupun di ruang maya.
"Buangkan perkataan dan budaya buli dalam “kamus” hidup seharian kita!
"Buli bukan budaya kita. Ia merosakkan nilai hormat, meruntuhkan semangat, dan memusnahkan persaudaraan. Hari ini, mari kita satukan suara, hentikan buli di sekolah, hentikan buli di tempat kerja, hentikan buli di media sosial.
"Katakan tidak kepada buli, stand up, speak out, say no to bullying.' katanya.
Untuk rekod, bekas jaguh tinju negara itu telah menamatkan kariernya dengan 13 kemenangan tanpa sebarang kekalahan dengan 12 daripadanya merupakan kemenangan KO.