Skip to main content

Sukan Lain

Juara Olimpik terselamat pesawat terhempas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rudisha.jpg
Juara berganda Sukan Olimpik dalam acara 800 meter, David Rudisha, terlepas sebarang kecederaan serius selepas pesawat yang dinaikinya terhempas.

Rudisha antara enam penumpang dalam pesawat terhempas dan terbalik di sebuah padang di Kajiado County yang terletak di tenggara Kenya, Sabtu lalu. 

Rudisha, 33, tidak cedera dalam kejadian menakutkan itu malah memuji juruterbang atas tindakannya.

"Segalanya berjalan lancar sebelum 7-8 minit penerbangan sebelum enjin pesawat tiba-tiba senyap," katanya kepada Daily Nation.

"Dia (juruterbang) meninjau beberapa tempat yang jelas di mana dia cuba mendaratkan pesawat, tetapi salah satu bahagian sayapnya terlanggar pokok ketika pesawat itu mula berpusing sebelum mendarat di padang berbatu. 

"Juruterbang telah bertindak luar biasa demi memastikan pesawat itu terus terapung dan stabil untuk masa yang lama."

Rudisha -- yang memenangi pingat emas dalam temasya London 2012 dan Rio 2016 kembali ke acara tahunan Maasai di Santuari Hidupan Liar Kimana di Kajiado County -- tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi salah seorang penumpang, Stephen Ole Marai, perlu dirawat di hospital kerana kecederaan rusuk.

Ia bukan kemalangan buruk pertama yang dihadapi Rudisha yang pernah terlibat dalam kemalangan kereta pada 2019 apabila tayar pecah lalu kenderaannya bertembung dengan sebuah bas.

Advertisement

Must Watch Video