Skip to main content

Sukan Lain

Josiah Ng tak setuju saranan ISN terhadap program latihan Azizulhasni

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni-awang.jpg
Josiah Ng menempelak saranan yang dilontarkan Insitut Sukan Negara (ISN) agar Datuk Azizulhasni Awang merendahkan intensitinya. 

Olimpian negara itu menegaskan intensiti latihan tidak boleh dikurangkan, sebaliknya isi padu latihan boleh diubah sesuai demi atlet yang mengalami masalah jantung seperti Azizulhasni.

Menerusi pemerhatian Josiah, The Pocket Rocketman hanya perlu meneruskan momentum sedia ada bagi menyaksikan impian Malaysia meraih pingat emas pertama berjaya direalisasikan dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Sebelum ini, Jijoe merangkul emas keirin dalam Piala Negara-Negara UCI serta mara ke separuh akhir acara pecut meskipun kesihatannya membimbangkan.

"Daripada perspektif sebagai jurulatih, intensiti di tahap ini tidak boleh dikurangkan andai mahu menjadi kompetitif.

"Intensiti perlu ada tapi jumlahnya yang dikurangkan. Harus lebih fokus ke arah intensiti dalam latihan.

"Misalnya untuk enam sesi, mungkin boleh dikurangkan kepada empat atau tiga.  

"Dalam acara pecut, pelumba akan sentiasa mengerahkan 100 peratus kudrat," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Advertisement

Must Watch Video