Skip to main content

Para ASEAN

Jonathan raih emas menerusi lompatan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

21917jonathan.jpg
Jarang kita mendengar individu daripada bidang profesional sanggup terjun ke bidang sukan semata-mata untuk mendapatkan sekalung pingat emas.

Namun, itulah percaturan yang dilakukan seorang ahli perniagaan Sabah, Jonathan Wong, yang memenangi emas lompat jauh T11/12 menerusi penampilan pertamanya dalam Sukan Para ASEAN.

Juga dikenali sebagai Wong Kar Gee, dia yang merupakan pengarah eksekutif kepada tiga syarikat perniagaan, cemerlang dalam lompatan pertamanya dengan catatan 6.98 meter untuk terus memegang kedudukan di depan sehingga tamat saingan.

"Ia (emas) adalah lompatan pertama dan selepas itu saya berasa lebih tenang.  Saya mengalami hamstring dan saya tidak memberikan tekanan.

"Kerana kecederaan itu, saya tidak melakukan beberapa lompatan selepas lompatan pertama. Saya agak bertuah," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelempar cakera F36/37 negara, Muhamad Hafiz Abu Bakar, turut menyumbang emas dengan catatan 387 mata.

Doriah Poulus juga penyumbang emas menerusi acara merejam lembing F42/44 dengan kutipan 760 mata.

"Acara kami telah digabungkan dan ia dikira kategori yang lebih rendah," katanya.

Advertisement

Must Watch Video