Skip to main content

Bola Keranjang

Jokic sedia lanjut kontrak bersama Denver Nuggets

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nikola-jokic_1xbglx7ayy2jv1avswcq9l2nr6.jpg
Penyandang gelaran MVP NBA, Nikola Jokic, bersedia untuk memberi komitmen kepada Denver Nuggets dengan sambungan kontrak 'jika tawaran diberikan kepadanya'.

Jokic, yang boleh dinobatkan sebagai pemain terbaik liga untuk musim kedua, menyaksikan musimnya berakhir pada hari Rabu dengan tersingkir 4-1 pusingan pertama Nuggets kepada Golden State Warriors.

Pemain tengah itu hanya mempunyai satu tahun lagi dalam perjanjian sedia ada tetapi nampaknya terbuka untuk melanjutkan kariernya di Denver.

Menurut ESPN, Jokic layak untuk perjanjian lima tahun yang bernilai ASD254 juta.

"Saya mahukannya, sudah tentu," katanya selepas perlawanan ke-5 menentang Warriors. “Tetapi ia bukan sesuatu yang saya putuskan.

“Saya fikir jika tawaran itu di atas meja, sudah tentu saya akan menerimanya, kerana saya sangat menyukai organisasi itu, saya sangat suka orang yang bekerja di sini.

"Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan semua orang daripada pemilik kepada pengurus peralatan."
   

Advertisement

Must Watch Video