Skip to main content

Sukan Lain

Jojo kembali berguru di Kem Latihan Superborn

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo-muay-thai.jpg
Petinju Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, memberikan bayangan bakal kembali ke pentas pertarungan selepas berehat lebih dua bulan tanpa sebarang aksi kompetitif.

Petinju berusia 21 tahun itu sudah bersedia kembali ke gelanggang apabila telah mula menjalani latihan di Kem Latihan Superborn di Bangkok, Thailand beberapa hari lalu.

Perkembangan tersebut dikongsi oleh Johan yang mesra disapa Jojo apabila teruja untuk kembali dalam usaha untuk bergelar juara.
 


Ketika ini, masih tiada perkhabaran siapa lawan seterusnya buat Jojo, namun komitmennya di gelanggang latihan menyemarakkan semangatnya untuk misi lebih besar.

"Meninggalkan rumah untuk menukar impian menjadi realiti. Bangkok saya datang.

"Tunggu berita pertarungan. Malaysia boleh! Insya-ALLAH. Jom lakukan," catat Johan menerusi Instagramnya.
 

 

Advertisement

Must Watch Video