MUAY THAI
Jojo Ghazali tuntut ilmu dengan Miki
Jaguh muay thai negara, Johan 'Jojo' Ghazali' menuntut ilmu dengan adiknya, Mikael 'Miki' Ghazali, untuk mengikuti gaya lincah petarung berusia 15 tahun berkenaan.
Ini selapas Miki menewaskan lawan 10 tahun lebih tua dari Maghribi, Said El Matador, dalam Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan di Stadium Titiwangsa hujung minggu lalu.
Dalam satu video yang dikirim akaun peribadi Jojo, petarung One Championship itu berlatih dengan adiknya sambil berseloroh memohon tunjuk ajar untuk mengikut gaya pertarungan Miki.
Iklan
"Assalamualaikum semua, oleh kerana Miki baru sahaja menang tali pinggang tempoh hari, Jojo nak belajar dengan Miki.
"Jojo mahu belajar gaya pertarungan Miki, cara dia elak serta sepak. Jadi, nak ajak sparring tidak boleh sebab kepala dia baru lepas koyak," kata Jojo dalam video berkenaan.
Video:
@johanghazali Coach Miki takboleh pakai š¤¦š»āāļøš© #johanghazali #fyp ā¬ original sound - JohanGhazaliMuaythai
Must-Watch Video