Skip to main content

Sukan Lain

Johnathan Wong belum puas hati, sedia perbaiki teknik baru biarpun menang gangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johnathan-wong.jpg
Kejayaan meraih pingat gangsa bukan ruang untuk berasa selesa kerana masih terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu diperbaiki.

Demikian kata penembak senior negara, Johnathan Wong, yang mahu hasilkan bidikannya lebih konsisten meskipun menghuni tempat ketiga acara 10 meter air pistol dengan 219 mata dalam Kejohanan IV Masped Shooting Cup di Budapest semalam.

Prestasi dalam kejohanan itu juga mahu dijadikan sebagai platform penilaian prestasi buat Johnathan sebagai persiapan ke Kejohanan Menembak Asia 2025 di Kazakhstan pada pertengahan Ogos depan.

"Sebelum kejohanan memang saya berfikir untuk memperbaiki pungutan mata saya dan kemudian saya ada melakukan sedikit perubahan mengenai bagaimana saya boleh menggunakan kemahiran saya.

"Jadi, di sinilah tempat untuk saya melihat apa kelebihan dan kekurangannya agar nanti apabila saya balik, saya dapat melihat semula apa yang saya boleh perbaiki," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
 

Advertisement

Must Watch Video