John Beasley beralih peranan baru berbasikal negara

Shaiful Shamsudin
Disember 1, 2023 12:52 MYT
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sedang memantau calon ketua jurulatih berbasikal yang baru bagi menggantikan John Beasley.
Jurulatih dari Australia itu -- yang disahkan oleh wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, akan menggalas jawatan pengarah teknikal skuad negara sejurus Sukan Olimpik Paris tahun depan.
Beasley -- yang sudah berkhidmat di Malaysia sejak 2006 -- sedang giat mempersiapkan jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, yang dalam pemburuan pingat emas pertama temasya berprestij itu.

Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley ditawarkan jawatan baru sebagai Pengarah Teknikal Skuad Negara. John rancang nak mula memegang jawatan itu selepas Sukan Olimpik Paris.@ASTROARENA pic.twitter.com/JvBXfYg3p4

— Fateen (@fateenshazwani) December 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Berbasikal #John Beasley
;