Pemain Chile, Joaquin Niemann, cemerlang memenangi kejuaraan LIV Golf Jelajak UK untuk gelaran kelima bagi musim ini dan juga gelaran ketujuh bagi kejuaraan LIV.
Pemain berusia 26 tahun, itu memulakan aksi pusingan ketiga dengan berkelebihan enam di bawah par meninggalkan pemain Amerika Syarikat, Bubba Watson, ditempat kedua dan seorang lagi pemain Amerika, Caleb Surratt.
Niemaan, meneruskan aksi konsistennya apabila melakukan 68 pukulan di hari terakhir untuk mencatat 17 di bawah par sekali gus merekodkan 196 pukulan.
Dalam pada itu, Watson, melakukan 6 di bawah par di pusingan terakhir masih belum mampu mengejar pemain Chile yang kini unggul di kedudukan pendahulu pemain LIV.
Untuk rekod, kejayaan Niemann di Staffordshire sama seperti kejayaan yang diraih di Adelaine, Singapura, Mexico dan Virginia musim ini apabila dia menjadi pemain pertama yang mencatat lima kemenangan dalam satu musim di jelajah LIV.