Skip to main content

Tenis

Joao Fonseca pemain paling muda layak ke pusingan ketiga Wimbledon sejak 2011!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2025052025-05-08t131326z_560291965_up1el5810qdjc_rtrmadp_3_tennis-rome-scaled-1.jpg
Pemain muda kelahiran Brazil, Joao Fonseca, berjaya melakar kejayaan besar apabila muncul pemain tenis termuda sejak 2011 untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Wimbledon selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat (AS), Jenson Brooksby dengan keputusan 6-4, 5-7, 6-2, 6-4.

Perlawanan yang berlangsung lebih daripada tiga jam itu juga, sekali gus menjadikan Fonseca selaku pemain tenis Brazil pertama untuk mara ke pusingan ketiga Grand Slam itu sejak 2010 yang dilakar oleh Thomaz Bellucci.

Suasana di gelanggang terasa luar biasa apabila dipenuhi dengan sorakan dan semangat seperti perlawanan bola sepak, dengan penyokong berbaju Brazil menyanyikan nama Fonseca hampir sepanjang perlawanan.

 

Musim ini menyaksikan lonjakan prestasi Fonseca apabila dia telah mencatat beberapa kejayaan besar seperti menewaskan pemain ranking ke-10, Andrey Rublev dalam Terbuka Australia, mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis, dan memenangi gelaran ATP pertamanya di Buenos Aires pada Februari.

Semua pencapaian ini memberi motivasi kepada reputasinya sebagai bakat muda yang patut diberi perhatian. Fonseca kini bersedia menghadapi cabaran pemain Chile, Nicolas Jarry, dalam pusingan ketiga.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video