SUKAN LAIN
JMFR berlangsung meriah
Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) berlangsung dengan jayanya semalam dengan kehadiran 1,400 peserta dari seluruh pelosok dunia.
Acara itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Norafifah Abdul Razak, yang menyertai acara kayuhan VIP.
"Saya berasakan acara seperti ini bagus kerana kita hendak menunjukkan walaupun kita memiliki jana kuasa daripada arang batu, kita juga prihatin terhadap alam sekitar.
Iklan
"Kita perlu bersama-sama dalam komuniti untuk memastikan alam sekitar kita tidak tercemar," katanya.
Bertemakan "cycling for green", kesemua peserta JMFR menyumbang RM10 sebagai usaha penanaman pokok bakau di kawasan Manjung.
"Ia bukan sahaja daripada segi penyertaan tetapi ia turut menjana ekonomi di negeri itu sendiri.
"Sumbangan RM10 bagi setiap penyertaan akan disalurkan bagi penanaman pokok bakau.
"Ia merupakan inisiatif yang amat baik," tambahnya.
Must-Watch Video