TINJU
JIBC: Tinju bukan mudah, perlukan pengorbanan -- Farkhan Haron
Jaguh tinju profesional negara, Farkhan Haron, berkongsikan pengorbanan penting dalam sukan tinju buat dirinya iaitu daripada aspek masa menjelang Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2025 di Johor Bahru bulan depan.
Farkhan turut komited meskipun lawan nanti mempunyai kelebihan daripada aspek usia namun, dia menjelaskan: "Pihak lawan ini saya lihat daripada video dan rekod dia ada kelebihan daripada segi usia, punyai ketinggian yang lebih.
"Jadi dari segi jangkauan tumbukan berpihak pada dia tetapi dalam tinju tiada yang mustahil dengan pengalaman yang ada saya akan tewaskan pihak lawan," katanya.
Iklan
Peninju berusia 36 tahun itu akan berdepan lawan dari India, Jaskaran Singh, dengan Farkhan ketika ini masih memegang rekod bersih dengan 12 kemenangan tanpa kalah.
"Saya ada komitmen dan tanggungjawab yang perlu saya jalankan, kerana itu saya harap pertarungan ke-18 akan jadi perlawanan yang manis. Kerana saya bermula pada usia 13 tahun, dan banyak kejayaan serta harumkan nama Malaysia.
"Sasaran yang penting adalah kemenangan. Doakan 'my last dance' saya ini. Rutin latihan kali ini juga mencabar dengan faktor usia.
"Tinju bukan mudah, perlu pengorbanan. Saya bermula pada usia 13 tahun. Jika mahu berjaya perlu pengorbanan, untuk sukan lain juga begitu." katanya.
Must-Watch Video