Skip to main content

Sukan Lain

JIBC: Tiket habis tidak bersisa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiket-habis-jibc_1.jpg
Jangkakan kehadiran penuh 7,000 penonton di Arena Larkin, Johor Bahru menjelang Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) malan ini.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, tiket bagi kejohanan itu laris terjual sepenuhnya.

'Bout' utama dalam edisi kali ini akan menampilkan pertarungan terakhir peninju profesional negara, Farkhan Haron, yang akan menggantungkan sarung tangan tinjunya selepas pertarungan dengan peninju India, Jaskaran Singh.

Jika anda terlepas tiket kejohanan itu, jangan bimbang kerana anda boleh tonton secara langsung di Astro Arena 2 saluran 802 bermula jam 8.00 malam ini.
 

 

Advertisement

Must Watch Video